Europe Budget, Food, Hotels and Trains

NoorNazuha | 6:14 PM | 28Comments |
Salam

Yes. Now here come the budget. Pape pun bajet travel yang paling penting. Jom kita kira satu satu dulu. Bercuti ni kalau pandai bajet, tak lah terlalu banyak pakai duit unless shopping pun tak ingat dunia kan....macam saya ni, dah tentu tentu tak shopping, makan pun macam cukup cukup jeh....

Flite Ticket

Saya menaiki Qatar Air. Promo price ialah RM2172 KL-Paris-KL.. Overall, Qatar ni best jugakla. Selesa, hospitality pun ok. Cuma bab makan tuh tak berapa. Jom tengok gambar makanan kat bawah..:)


First meal:Sandwich and cuppa coffee


Sandwich for 2nd meal

Untuk 3rd meal, qatar serve sandwich jugak. So tak yah la letak kat sinii..sepanjang flite ni, boleh dikatakan tak ada makanan berat sangat. Tertunggu jugak bila diorang nak serve nasi kan, takut sampai kat Paris, perut berkeroncong pulak.

Then Hotel. Sepanjang di europe, kami menginap di lebih kurang 5 buah hotel. Hotel pertama ialah Hotel Bel Air yang terletak di Bel Air, Bercy Paris. Kos untuk 3 hari 2 malam ialah RM526.





Bel Air Hotel.
Saya tak berapa advise untuk amek hotel ni. Bukannya apa, saiz bilik terlalu kecil dan corridor yang sempit susah nak tarik beg. Lift pun tersangat la kecik sampai sorang jeh boleh masuk dalam satu satu masa kalau tarik beg. Bagi yang rasa nak stay kat hotel sempit ni, boleh click di link di bawah.:)

Hotel Bel Air Bercy Paris

Hotel kedua ialah hotel di Zurich, Swiss. Hotel ni ialah Courtyard Marriot North yang terletak di Kreau, Zurich. Sepanjang di Eropah, saya stay di Marriot sebab travel mate saya ni ialah Staff Marriot. So diskaun almost 60% la kami dapat...:)






Harga semalam untuk hotel ni untuk staf price ialah lebih kurang dalam CF110=RM403.37. So divide 2 dalam Rm200 seorang kan. Stay 2 malam baru rm400. Not bad kan...boleh refer di link di bawah

Courtyard Zurich Nord

Hotel ketiga, kami stay di Couryard Rome Central. Hotel ni paling lama kami stay selama 4 malam. Harga staff untuk 1 malam lebih kurang dalam 65 euro= RM292. So total untuk 4 malam lebih kurang dalam RM1170. Divide by 2  so sowang dalam RM585.



Boleh refer di link di bawah untuk maklumat lanjut.....

Courtyard Rome Central Park

Hotel keempat pula ialah di Vienna, Austria. Kami stay di Courtyard Vienna messe. Harga selepas diskaun dalam 37euro semalam bersamaan RM 166 so total untuk 2 malam dalam 333.00 Divide by 2 sowang dalam RM160 ajeh......






Boleh refer di link di bawah untuk maklumat yang lebih lanjut...

Courtyard Vienna Messe


Dan hotel terakhir ialah hotel di Paris sekali lagi. Kali ni kami menginap di Rennaisance di La Defence, Paris. Harga semalam bagi staf rate lebih kurang 175 euro= RM787. So untuk 3 malam dalam lebih kurang RM2362 and divide by 2 jadi lebih kurang Rm1181 seorang.Boleh click link di bawah untuk further info...

Renaissance La Defence Paris

So total untuk hotel lebih kurang dalam RM1500-Rm1700 seorang sepanjang 16 hari di Eropah.


Kita ke bab makan pulak. Sepanjang bercuti kami banyak jimat sebab tak habis habis masak sendiri jeh. Seingat saya, kami makan di luar lebih kurang dalam 4x jeh. Kali pertama di Paris. Kos dinner malam tuh ialah dalam 15 euro. Selebihnya kami makan di Kota Rome dengan harga lebih murah.


Chicken fillet ni harga 7 euro


Spageti Carnobara dengan harga Euro6


Onion Kebab Pizza dengan harga Euro6


Half bird with potatoes dengan harga Euro7


Halal Chicken Hut dengan harga Euro10
Ni jeh yang kami beli di sana. Amacam, menarik tak?ahaaaaa..selebihnya......kami main masak masak kat dalam hotel...jimat banyak tuh...


Tuna dalam tin dan bawang


Sambal bilis bawak siap siap dari rumah


Masak nasi Goreng

Nasi Goreng siap...


Sambal Telur, Salad dan plain bread


Nasi Goreng Kampung Brahim's.....pedassss!
Penuh dengan gambar makanan ajeh kat sini...hehe..ni antara yang kitaorang masak sepanjang percutian. Kalau ada balance, siap ble bawak bekal lagi bagi jimat. So kalau korang nak gi bercuti lepas ni, i suggest bawakla banyak perencah nasi goreng dengan barangan Brahim's. Telur semua boleh beli kat grocery kat sana jeh. Telur untuk 6 biji kat salam dalam 2 ke 3 euro jeh. Tak mahal pun. Kalau ragu ragu pasal minyak, beli jeh olive oil atau pun sunfloweer seed oil. Kalau nak bawak dari Malaysia takut bila dah buka penutut nanti tertumpah tumpah plak dalam luggage.

And expenses yang terakhir ialah Transport di Eropah. Seperti yang saya mention awal awal dulu, kami menggunakan Global Pass Eurail. Harga Global Pass+Insurance+Posting lebih kurang dalam RM1700. Global Pass ni meliputi 24 buah negara Eropah. Nampak macam best kan. Tapi even kita ada Global Pass ni, kita still kena keluarkan kos untuk reserve seat. Reserve seat yang paling mahal ialah Train TGV dari Paris ke Zurich iaitu EURO25 untuk 2nd class.Boleh click di link di bawah untuk info lanjut..

EURAIL GLOBAL PASS

Bila kita guna Pass di Europe, banyak konsep yang kita perlu paham. First kita kena recognize jenis train yang bakal kita naiki. Di Eropah, ada macam macam jenis train. Ada high speed, ada regional train dan ada subway biasa. Eurail Pass tak meliputi Subway, tetapi meliputi semua jenis Train High Speed (kecuali Eurostar dan Thello) dan sesetengah regional train di eropah.

Advise saya, kalau percutian anda nanti melebihi tempoh 2 minggu dan ingin melawati lebih dari 4 buah negara, lebih berbaloi jika amek Pass. unless kalau anda berjaya dapatkan ticket train bargain dengan harga paling murah yang biasanya sangat susah.Satu lagi kebaikan Global Pass ni, kita layak untuk duduk di first class seat. First class seat sebenarnya tak banyak beza dengan 2nd class cuma dari sudut crowd, first class lebih selesa dan memang tak penuh.


2nd Class seat in TGV Lyria Paris-Zurich. Reservation cost EURO25


Tram in Zurich. CF8.60 for 24 Hours.


Regional Train from Zurich to Lucern. If you have Global Pass, then its free ride........


First Class seat in Railjet from Zurich To Rome, Italy. Reservation cost EURO9


First Class Seat from Rome to Pisa. Reservation cost EURO10


Railjet Night Train from Rome to Austria. Reservation cost EURO9

SUBWAY COST IN EACH CITY

Paris-   EURO1.70 per journey
Rome-  EURO1.50 per journey
Vienna- EURO1.30 per journey
Swiss-  Regional Train included in the Pass.

Pokok pangkal, kena tahu hala tuju kita la. Mana nak pergi and berapa banyak negara kita nak cover. Again, my advise, elakkan naik night train kecuali kita travel 6 orang ke atas sebab satu satu coach boleh cater 6 orang. So kalau travel ber2 macam kami, possibility kena mix lagi dengan 4 orang strangers and kalau dapat satu coach dengan lelaki kan lagi susah. Nak avoid Night train senang jeh, elakkan pergi ke negara yang jarak antara negara lebih dari 8 jam.  So, jelajah la negara yang tak jauh sangat jaraknya. Bayangkan, perjalanan kami dari Rome ke Vienna mengambil masa 13 jam dan dari Vienna ke Paris mengambil masa lebih 15 jam.

Harap entry saya kali ni boleh bagi manfaat kat readers ye. Anything boleh email straight jeh ke myzuha23@yahoo.com. Sampai sini saje sebab dah terlalu panjang post ni.....i need to gather all informations precisely before publishing it......hehe.....till now...





Terima kasih, datang lagi.

Kota Paris & La Valee Village Outlet

NoorNazuha | 11:12 AM | 21Comments |
Salam

Teruskan perjalanan percutian saya ke bandar Paris pada hari ke 13 Hari percutian....memang pun vacation kali ni main port kami ialah di Paris. Masa sampai dulu pun kami landing di Paris dan balik pun dari Paris. Sebelum ni tak sempat nak update sangat pasal Paris. Rata rata beratus ratus blog di luar sana dah buat review pasal Paris. Kiranya "darjah ketersampaian" ke sini bukan lagi sesuatu yang sukar. Even kalau kat sana pun mesti akan jumpa orang Malaysia baik di atas bas Hopo, dalam Train apatah lagi di tempat beli belah.

Sebenarnya banyak tempat menarik yang ditawarkan di Paris. Notre Damme, Champs Elysees, Moulin Rouge, Eiffel Tower, Louvre Museum, Arch De Triump and so many more.



Destinasi kami semasa hari kedua ialah mendapatkan perkhidmatan Internet. Kalau nak beli Simcard Paris, saya advise beli di Orange. Pakej yang diberi ialah selama 15 hari dan internet 1GB. Kira okla kan sebab bukan lama pun kita nak pakai. Destinasi kami ialah ke Ledru Rollin yang terletak di Line 8 (purple kelabu). Dari hotel kami yang terletak di Bel Air, tak jauh pun.


Butik Orange


Sempat minum Starbuck di sini sebab sejuk sangat.
Selepas selesai urusan di Ledru Rollin, saya dan member terus ke Eiffel Tower. Dah berapa kali dah ke sini. Naik muak pulak..Sebenarnya tujuan kami nak dapatkan keychain eiffel tower yang dijual oleh nigger2 kat bawah eiffel tuh. Murah.


Pemandangan malam tadi.

Pemandangan malam tadi jugak


Di bawah Eiffel Tower.
Kat sini kami Hopo. Senang jeh. Hopo tuh memang ada kat depan depan Eiffel tower tuh. Pelbagai jenis Hopo ada kat sini. Ada Big Bus, ada Tour Paris sight seeing. Janji double deck. Kalau nak lagi murah, sila la beli di online. Jom kita lihat keindahan kota Paris....:)


Hopo








Notre Dame




Sebenarnya kami menaiki Hopo sebanyak 2 kali. Iaitu hari kedua dan hari terakhir semasa di Paris. Untuk first kali ni takla kami pusing habis sebab tetiba turun dekat Gallery La Fayette. Tak yah la story lebih tentang tempat ni. Semua dah tau rasanya. Hajat nak beli barang sikit kat sini....


Di hadapan La Fayette


Posing jap
Tujuan utama ke sini sebab nak ke butik Long Champs and juga Louis Vuitton..Tapi susah nak amek gambar kat dalam tempat ni. Kat LV ni lagi la susah nak amek gambar. Kalau nak pun kena curi curi. Kat sini memang kena extra hati hati sebab banyak pick pocket. Rata rata yang datang sini pun sume bawak duit banyak. Macam macam orang la boleh jumpa kat luar ni. Gallery La Fayette ni ada 2 iaitu Homme (Men) and Femme (Women). Dah tentu tentu kitaorang tuju kat Femme kan.

Sedar tak sedar, dekat 2 jam lebih gak kami spent kat dalam ni. Kebetulan masa gi ni hari Valentine so ramai orang que sebab nak dapatkan bunga Ros percuma. Dah puas jelajah Lafayette ni, kami terus ke sambung naik hopo. Terus ke Champ De elysees. Kalau ke sini, tak sah kalau tak tengok landmark dia iaitu Arch De Triomph.


Sunset at Arch De Triomph


Evening at Champ De Elysees
Then terus lagi Ber HOPO ke destinasi terakhir sebelum turun semula di Eiffel Tower. Sunset awal kat sini. Dalam kul 5 hari pun dah nak gelap. Tapi Kota Paris tak pernah sunyi. Sentiasa crowded dengan pelancong dan parisians yang ke hulu hilir ke destinasi masing masing. Seperti juga di London dan New York, semua kat sini jalan laju laju jeh. Jadi janganla block jalan diorang. Mau mengamuk diorang ni. Ada sekali tuh saya stop kat tengah jalan sebab nak tengok signboard, kena sound ngan sorang parisian ni "Pardon".......kuat plak tuh......malu sihhhhh...


Dari atas bas jeh.....dah malas nak turun

Seterusanya.....kami spent di Paris pada hari ke 13 Percutian selepas pulang dari eastern europe. 3 hari lagi di Paris. Cadangan asal nak ke Disneyland pada hari kedua akhir tapi tak jadi sebab tak cukup bajet...hahaha......so kami cuma ke Outlet yang terletak di Val D europe.


Di Stesen La Defence RER


Since hotel kami terletak di La Defence, so senang nak amek RER. RER ni ialah suburban train. Harga tiket agak mahal berbanding metro biasa sebab ianya meliputi daerah di luar Paris. Perjalanandari La Defence ke Val D Europe mengambil masa lebih kurang 40 minit.

Sebenarnya saya suka stay kat La Defence ni. Senang. Semua ada. Grocery ada, transport pun dekat even metro and RER ada sekali, lagi senang. 

Sampai di Val D Europe, terus cari jalan ke La Valee Village ni. Tak silap ada shuttle bus disediakan. Tapi kami jalan kaki jeh. Terus melalui Shopping Mall  Val D Europe


Val D Europe Mall
Actually, kita hanya perlu masuk Mall ni dan jalan terussssss jeh sampai jumpa sign board La Valee Village. Panjang gak Mall ni. Kami berjalan dekat 20 minit gak sebelum sampai ke exit La Valee ni di belah kanan. Keluar jeh terus nampak Outlet ni. Outlet ni tak la besar sangat pun. So tak akan sesat punyala.


Dah sampai
Mula mula tuh kami tersalah Stesen. Berhenti kat Stesen last. Sebenarnya tu untuk ke Disneyland. Silap saya gak tak google sangat. Main redah jeh. Tak pasal pasal kena patah balik satu stesen..haha..sesat sudah menjadi rutin kami....

Dah sampai sini takyahla nak cerita lebih sebab tak ada apa nak story sangat. Tujuan utama ke sini ialah nak cari Longchamp. Ada pesanan member member. Harapnya ada yang menarik, sekali hampeh jugak sebab banyak stok habis.


MAsuk gak sini tapi tak beli pape...Harga seems ok


Rembat 1 wallet kat sini dengan harga 99euro


Outlet Furla yang comel


Tod's yang menawan kalbu


Member dengan barang barang yang sempat dirembat.
Hari terakhir di Kota Paris ialah hari yang ke 16. Kali ni hasrat cuma nak ke Champ Elysees. Nak lepak lepak kat situ jeh. Sambil sambil tengok barang yang mana sempat dibeli dengan saki baki duit yang ada. Petang tuh cuaca tak sejuk sangat. Just nice la. ..



Ni bukan spring ye....tapi masih winter
Senang jeh nak ke sini. Terus jeh ke Stesen Champ Elysees di Line 1 (Yellow Line). Since kami stay kat La Defence, so memang dah line kuning, tak yah tukar mana mana stesen, just straight jeh. Then jalan kaki jeh.

Apa yang best kat sini?Kat sini banyak tempat shopping. Sepanjang jalan tuh macam macam ada. Rambang mata mak.....nasib baik kad kredit dah tak ada, kalau tak.....emmmm.....emmmm....






Famous Laduree Macaroon


Butik LV paling besar....


Arch De Triomph..lagi?
Oleh kerana hari dah nak gelap, kami terus ke Eiffel semula sebab nak cari souvenier. Nak ke Eiffel tower boleh naik RER station Champ De Mars atau naik Metro Line 6 Station Bier Hakiem. Biasanya kami naik ke Bier Hakiem jeh and then jalan kaki. Alhamdulillah, dapat jugak souvenier sikit.

Lepas habis ronda, kami terus balik ke Hotel di La Defence. Banyak kerja nak packing sebab malam tu malam last kami di sini. Pejam celik pejam celik percutian ni dah nak berakhir. Sayang jugak nak meninggalkan Kota Paris. Tapi jika nak dibandingkan London, saya lebih menyukai London..:)


La Defence di Malam hari....
Panjang betul post ni. Banyak sangat nak story tentang Paris ni. Pokok pangkal duit ada ke tak. Kalau bawak terlebih duit memang heaven la shopping. Jika dibandingkan kota eropah yang lain, Paris agak mahal dari sudut Public Transport dan juga makan. Even souvenier pun mahal. Sehelai T shirt pun dalam 10 euro. Susahla kalau nak beli banyak..

Okla...sampai sini dulu entry ni....jika ada pertanyaan tentang bajet dan apa apa, boleh komen kat sini atau email jeh ke myzuha23@yahoo.com.

Till then.......


Terima kasih, datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...