Best tak weekend anda semua?....weekend aku biasa jeh. Kalau tak lepak ngan Mr Hubby, balik kampung. Rutin biasa setiap minggu pergi layan movie kat TGV. Lately cerita best tak ada sangat. Macam dah kering idea nak layan cerita apa....minggu ni aku attend wedding. Wedding adik ipar kepada adik aku..err...yela betula la tuh. Wedding kat Club House Shah Alam, tak jauh pun dari rumah kitaorang.
Aku paksa Mr Hubby pakai baju melayu. Dia tanya kenapa kena pakai. Aku kata "kena pakai jugak, and kena jugak". Tak boleh tak..hahaha saja nak kena kan dia pakai baju melayu. Cuaca memang dah terang terang panas terik. (Niat sebenar sebab nak sedondon konon nyaaa). Sampai jeh kat majlis, kurang dari 10 orang jeh pakai baju melayu.Nak gelak...hahahaha.....
| Pengantin lama ni ada gaya Pengantin baru tak?....dushhhhhh |
| Orang kata nak dapat anak, kena selalu pegang baby supaya berkat....Amin! |
| Selamat Pengantin baru dari kami semua.... |
Entry bergambar sahaja..hahaha...lack of idea nak bercerita....selamat pengantin baru buat bakal pengantin yang bakal melangsungkan wedding. Cuti sekolah dah nak bermula.....yehhaaaaa (walaupun tak ada kena mengena). Nak sorak yahooooo jugak, sebab nanti jalan tak penuh sangat. Aku boleh gi kerja dengan senang lenang tanpa pening kepala......babai!




















